Sabtu, 14 Ogos 2010

CONTOH PENGEMBANGAN ISI (27)

Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan meningkat secara mendadak. Situasi ini membebankan pengguna yang tidak mempunyai pilihan. Terangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini.

PENGEMBANGAN ISI

A1)Antara usaha yang perlu dilakukan ialah pengguna hendaklah berhemat ketika berbelanja. (Apa)

A2)Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada pengguna pada masa kini gemar berbelanja mengikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan.(Mengapa)

A3)Oleh itu, mereka perlu membeli barang-barang keperluan sahaja dan bukannya berbelanja sesuka hati.(Kesan)

A4)Sebagai contoh apabila mereka pergi membeli-belah di pasar raya,mereka perlu menyenaraikan barang-barang yang mereka perlu beli sahaja dan bukannya membeli barang-barang yang menawarkan potongan harga walaupun mereka tidak memerlukan barangan tersebut. (Contoh)

A5)Sememangnya sikap berhemat amat penting diterapkan dalam minda pengguna supaya tidak terjerat dengan isu kenaikan harga barangan ketika ini sebagaimana kata pepatah, ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.(Penegasan)

PERENGGAN LENGKAP

Antara usaha yang perlu dilakukan ialah pengguna hendaklah berhemat ketika berbelanja.
Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada pengguna pada masa kini gemar berbelanja mengikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan.Oleh itu, mereka perlu membeli barang-barang keperluan sahaja dan bukannya berbelanja sesuka hati.Sebagai contoh apabila mereka pergi membeli-belah di pasar raya,mereka perlu menyenaraikan barang-barang yang mereka perlu beli sahaja dan bukannya membeli barang-barang yang menawarkan potongan harga walaupun mereka tidak memerlukan barangan tersebut.Sememangnya sikap berhemat amat penting diterapkan dalam minda pengguna supaya tidak terjerat dengan isu kenaikan harga barangan ketika ini sebagaimana kata pepatah, ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.(Penegasan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan